2010 – Permulaan Yang Baru

2010 – Permulaan Yang Baru

Tahun 2009 bakal meninggalkan kita tidak lama lagi. Saya pasti  banyak kenangan pahit dan manis yang anda alami sepanjang tahun ini, tak lupa juga pengalaman kelat,payau,masin yang mungkin menambahkan lagi perisa hidup anda yang lalu =)

Selamat jalan 2009...Selamat datang 2010

Seperti biasa, apabila bercakap tentang tahun baru, perkara utama yang timbul di pemikiran kita adalah AZAM.

Sudah menjadi kelaziman apabila tahun baru tiba kita akan menetapkan sesuatu azam. Ada apa dengan AZAM? Adakah azam terlalu penting bagi kita? Adakah azam memainkan suatu peranan yang signifikan bagi hidup kita yang akan datang?

AZAM bolehlah ditafsirkan sebagai suatu matlamat atau target yang perlu dicapai oleh seseorang dalam satu tempoh tertentu. Tetapi sering kita lupa yang AZAM tersebut bukan hanya sekadar menutur di bibir tetapi TINDAKAN yang perlu disertai sekali. Berangan Berazam tanpa tindakan samalah seperti berangan-angan MAT JENIN..banyak berfikir,berimaginasi,berfantasi tetapi tiada usaha untuk merealisasikannya.

2010 hanyalah sekadar nombor tetapi 365 hari itu lah yang bakal kita hadapi untuk mencorakkan hidup kita yang mendatang.. Jadikan hari-hari kita adalah TAHUN BARU bagi kita…Bak kata pepatah – ‘Today is Present’ – ‘HARI INI ADALAH HADIAH’

Diharapkan tahun baru ini akan memberikan seribu satu makna, seribu satu peluang, seribu satu perubahan yang lebih positif untuk kita supaya kita lebih produktif dan progresif dalam mencipta kejayaan.

Saya doakan kejayaan ANDA & anda doakan kejayaan saya =)

.:aRmin:.

Bookmark and Share

Popularity: 51% [?]

Seminar Perniagaan Internet 2010

Seminar Perniagaan Internet 2010

Nampaknya saya menutup aktiviti saya pada tahun 2009 ni dengan menghadiri seminar & bengkel perniagaan internet…It’s a good kickstart to prepare myself in internet business & marketing in 2010 =)

Pada 19/12/2009 yang lalu telah berlangsung Seminar Perniagaan Internet 2010 yang dikendalikan oleh Ammar Zahar bertempat di Auditorium Siswa,UKM.

- Auditorium Siswa UKM -

Walaupun seminar ini dinamakan Seminar Perniagaan Internet 2010, tetapi masih dijalankan pada akhir 2009..Nak bagi peserta semangat kot,maklum lah hari sebelumnya Maal Hijrah =)

Seminar ini dihadiri seramai 115 orang, target Ammar hanya lah 100 orang, rezeki bagi 15 orang yang terselamat terlepas tu.

Ammar sedang menyampaikan talk -

Pelbagai tips dan panduan yang dikongsikan oleh Ammar sepanjang sehari seminar bermula dari 9 pagi hingga 5 petang.

Fokus Ammar pada seminar kali ini adalah tajuk niche marketing. Ammar menerangkan antara niche-niche yang panas bagi tahun 2010 serta tips bagaimana memilih produk niche yang sesuai untuk beginner newbie untuk memulakan perniagaan internet mereka.

Antara lain adalah beberapa strategi yang diterangkan oleh Ammar dalam menjalankan perniagaan iaitu:

  • Strategi 1-2-3
  • Strategi pantas siapkan produk
  • Strategi pantas menyediakan page
  • Strategi pantas buat promosi

Dikongsikan juga teknik-teknik pra-pelancaran produk Duit Mania beserta case study yang mana Ammar mengaut keuntungan bersih RM80K! Fuh =)

Tak sah kalau Ammar tak bercakap tentang affiliate. Ammar turut berkongsi teknik & strategi Affiliate launch attack yang mana teknik ini digunakan semasa pra-pelancaran & ketika pelancaran produk-produk affiliate yang dihasilkan sendiri atau mempromosi produk IM lain diantaranya:

  • Strategi Forum Attack
  • Strategi Laman Sosial
  • Senjata paling ampuh – Strategi Emel Marketing
  • Penggunaan article, blog & video directory

Sebelum seminar berakhir, seperti biasa Ammar membuka sesi soal jawab kepada peserta. Ramai juga yang bertanya sampai tak menang tangan Ammar menjawabnya. Last but not least, seminar pada hari tersebut memang superb..Harap-harap tahun depan Ammar buat lagi seminar free ye =)

- Sesi Soal Jawab -

- Peserta yang khusyuk mendengar talk -

- Sesi penyampaian sijil -

Kredit foto : Yusop Rejab

Bookmark and Share

Popularity: 31% [?]

Workshop Affiliate Pantas & Praktikal- Mawardee

Workshop Affiliate Pantas & Praktikal- Mawardee

Pada 12hb Disember lalu telah berlangsung Workshop Affiliate Pantas -Mawardee di KAED (Kuliyyah of Architechture & Environment Design), UIA Gombak

Dianggarkan seramai hampir 60 orang  telah menyertai workshop ni dari pelbagai latar belakang…ada yang pernah jana duit dari internet, ada yang masih tak berkesempatan tak pernah buat duit kat internet, dan yang tak tahu affiliate pun ada..Tapi tak perlu risau, dengan adanya workshop ni,mawardee telah cover topik2 yang boleh dikira asas seperti apa tu web hosting & nama domain hinggalah ke perkara2 teknikal seperti macamana nak ‘cloaking’ affiliate’ link semuanya diajar dalam Workshop ni

Harlym Yeo (tiga dari kiri) sedang mendengar penerangan Mawardee (empat dari kiri)

Di workshop ini juga saya telah bertemu dengan Harlym Yeo. Jikalau anda masih ingat Harlym Yeo pernah muncul di dalam sebuah majalah komik hiburan – RILEKS, sebagai penemuramah artis. Kalau sesiapa yang sezaman atau lebih tua dari saya mungkin sedar & ingat majalah ni, tapi kalau adik-adik rasanya mungkin tak tahu =) Majalah tu dah lama sekitar tahun 1997-1998 penerbitannya.Tetapi sekarang majalah ni sudah berkubur di telan arus zaman. =)

Workshop ini boleh dikatakan asas dan sesuai untuk newbie yang ingin bermula dari bawah, jadi kalau sesiapa yang dan terer tu mungkin agak bosan sedikit. Pengisian workshop terdiri dari beberapa bahagian..Pada sebelah pagi adalah pengenalan apa itu domain + hosting, pengenalan autoresponder, cara-cara untuk setup autoresponder, macamana nak ‘create’ kempen & ‘blast’ kepada mailing list dan acara utama tak lain tak bukan iaitu pengenalan apa itu affiliate, tips & tricks bagaimana untuk menjadi affiliater serta perkara-perkara asas serta teknikal yang wajib bagi seorang affiliater perlu ada.

Pada sebelah petangnya pula ditunjukkan cara-cara bagaimana untuk membuat minisite, penerangan tentang software2 percuma dan berbayar dan akhir sekali sesi soal jawab. Kesabaran mawardee melayan soalan bertalu-talu dari peserta wajar diberi pujian. Semua perjalanan workshop ini memang ditunjuk secara LIVE oleh Mawardee dan peserta terus buat apa yang ditunjuk dan diajarkan, jadi peserta memang tak ada alasan untuk tidak buat dan tak bertindak apa yang diajarkan. Last but not least,kebenaran kata-kata Mawardee telah terbukti…

…Buang semua ebook yang berada di dalam komputer anda…


Peserta bergambar setelah workshop tamat

- Kredit foto Harlym Yeo.

Bookmark and Share

Popularity: 27% [?]